Tuesday, September 13, 2011

.jangan.

.jangan bercakap sayang kalau anda tidak memaksudkannya.




.jangan berasa sedih kalau pada masa yang sama anda gembira.




.jangan berasa simpati sekiranya anda terus bersamanya.




.kerana semua ini sakit.



hati itu serapuh deria yang mudah tersentuh serta peka dengan sesuatu. apabila melibatkan hati-hati lain, kenapa susah untuk dipelihara?. ada masa waktu dan tempat yang lebih sesuai bukan? tiada siapa mahu dianggap kejam, makanya bijaklah memilih kesesuaian. bila ada dua hati yang terpelihara harus dijaga, ada satu perhatian yang berbahagi dua.masing masing dengan keistimewaan masing-masing sehingga dua-dua kabur dengan keistimewaan sendiri. bila tertanyakan adakah ruang untuk mengundurkan diri, tertanya pada diri masih ada tanggungjawab dihati, kasih dan sayang tak perlu dipersoal lagi. bukan semua hati ada rasa memahami, lebih-lebih lagi yang hanya memikirkan diri sendiri tanpa memikirkan hak orang lain dan hati-hati. mungkin jiwa itu dapat dibeli dengan nama dan keistimewaan kelahiran azali. tapi hati tak mampu ditipu lagi. bukan mudah dalam bercinta untuk menyerah diri, kerana percaya sesama sendiri dan kehendak hati yang sepenuhnya dah dimiliki. adakah anda wahai lelaki tak nampak lagi? kenapa tidak dibukakan pintu hati memberi ruang kapada kami. kau carilah jalan kau sendiri. kerana kami telah berkongsi segalanya disini. dan biarkan tanggungjawab itu dibebani kami dan bukan kau hadir sebagai alasan pengunduran diri. Dan adakah yang disana juga memikirkan hal ini?, memandang kembali hati sendiri, diri sendiri , dan diri ini. mungkin berbicara soal hati sendiri tak penting lagi tetapi sampai bila harus kau menipu diri, mungkin kau tiada jawapan untuk persoalan ini dan membiarkan masa memberi jawapan....fikir-fikirlah kecintaan azali adalah diriNYA sendiri yang satu-satuNYA. Segala daya kuasa terbukti dengan renungan pada nyawaNYA sendiri.

No comments:

Post a Comment